Sebut saja negara Korea, pastinya anda akan membayangkan negaranya yang sering menjadi tumpuan pelancong serta lambakan artis K-pop dan drama bersiri sensasi mereka.
Namun pendedahan seorang individu di TikTok ini mungkin akan mengubah sedikit persepsi anda mengenai gaya hidup di negara Korea Selatan apabila dia ada berkongsi pengalamannya mencari kerja di sana.
Sebagai seorang muslimah, wanita itu berkata agak sukar dia memohon sebarang pekerjaan meskipun hanya sebagai pembantu restoran gara-gara tidak dibenarkan bertudung ketika waktu bertugas.
Dalam video TikTok itu, wanita yang dikenali sebagai Eina itu menjawab soalan daripada seorang netizen yang bertanyakan sama ada majikan di sana ada mengambil pekerja yang berhijab atau tidak.
Eina kemudiannya bercerita mengenai kisah dia ditawarkan separuh masa di sebuah kilang dan juga restoran.
Namun, kedua-dua majikan di tempat kerja berkenaan tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memuji Eina kerana masih ‘kuat iman’ dan tidak sewenang-wenangnya menggadaikan tuntutan agama hanya kerana ingin mencari rezeki.
Ramai juga yang mendoakan agar Eina dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan pekerjaan yang lebih baik kelak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.