“Nak Perhatian Je Tu” – Pakai Tudung Tapi Nampak Lurah Dada, Wanita Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

“Nak Perhatian Je Tu” – Pakai Tudung Tapi Nampak Lurah Dada, Wanita Ini Dikecam Netizen

Sebuah video menjadi tular hari ini apabila seorang wanita berhijab yang dilihat sedang mempromosikan produk kecantikan dikecam warga maya di Twitter.

Setelah diteliti, wanita itu menjadi bahan kecaman netizen kerana dia memakai tudung namun bahagian dadanya telah terlihat dengan jelas tanpa memakai baju untuk menutupinya.

Advertisement

Dalam video tersebut, wanita berkenaan memakai baju berona lembut ‘peach’ dan merah jambu sedang menguarkan-uarkan kebaikan losen badan yang dijualnya di dalam sebuah kereta.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan perasaan keliru tentang gaya pemakaian wanita itu yang kelihatan tidak ‘kena’ dan seksi bagi seseorang yang berhijab.

TwitterSumber : Twitter  

Tidak, ni bukan tudung. Jangan lah cakap style gini tudung. Tak tahu nak panggil apa, yang penting jangan cakap ini tudung, sangat memalukan.

Kata netizen lagi, wanita itu seolah-olah tidak menghormati orang lain yang berhijab kerana tidak sesuai meskipun dengan alasan ‘masih baru belajar’ untuk bertudung.

Ada juga yang beranggapan wanita itu sengaja minta dikecam bagi tujuan melariskan produk yang dijualnya di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zakat maiwp
2 years ago

“Gaya Hidup T20” - Duduk Kondo Mewah Tapi Mohon Bantuan Zakat, Ini Nasihat 'Pedas' Baitulmal MAIWP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...