(VIDEO) ”Hero Sebenar!” – Ebit Lew Ziarah Golongan Tr*nsgender Di Indonesia Raih Pujian Netizen

Hiburan

(VIDEO) ”Hero Sebenar!” – Ebit Lew Ziarah Golongan Tr*nsgender Di Indonesia Raih Pujian Netizen

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya menziarahi golongan transgender di Surabaya, Indonesia.

Menerusi hantaran video tersebut, Ebit mendedahkan bahawa ada diantara mereka yang sudah bermula bekerja di ‘lorong gelap’ itu sekitar usia 14 tahun bagi menyara keluarga.

Advertisement

Sehingga kini, hantaran video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih 202K tontonan dan 5.1K komen di laman Instagram.

ebit

Macam-macam kisah disebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana.

Malah, pendakwa itu turut mengajak mereka makan malam bersamanya sambil berbual tentang soal agama yang mereka ingin tahu.

Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati melihat tindakan murni yang dilakukan oleh Ebit Lew serta memuji pendekatan yang digunakannya untuk membawa golongan tersebut ke jalan Allah.

Subhanallah… hero sebenarnya. – Netizen.

“Jangan pernah menghina mereka kerana kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) Ustaz Ebit Lew Turun Padang , Mahu Tolong Bina Rumah Untuk Adik Akid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...