(VIDEO) “Harini Ada Rezeki Lebih” – Tak Mampu Belikan Mainan Mahal, Anak Jadikan Plastik Sebagai Mainan

Kehidupan

(VIDEO) “Harini Ada Rezeki Lebih” – Tak Mampu Belikan Mainan Mahal, Anak Jadikan Plastik Sebagai Mainan

Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Tazrie Tarmizi yang memaparkan dirinya yang ingin berkongsi rezeki dengan anak-anaknya.

Menerusi video tersebut, Tazrie yang merupakan seorang ayah bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami keadaan diri yang tidak mampu memberikan barangan mahal.

Advertisement

Malah, mereka dilihat seronok dan bahagia dengan apa sahaja pemberian yang diberikan kepada mereka.

plastik

Dah lama tak beli mainan baru dekat anak-anak, hari ini ada rezeki lebih sikit boleh la beli mainan baru untuk anak-anak, Alhamdulillah anak-anak yang memahami.

Difahamkan, Tazrie membelikan plastik pembukus makanan yang berwarna-warni sebagai ‘mainan baru’ untuk anak-anaknya sebagai pengganti alat mainan mereka.

@ainuntazrie

Alhamdulillah anak2 yang memahami ? #EA #kamisempoi #fyp #?

? nh?c n?n – Art House Sapa – Art House Sapa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang turut terharu melihat kebahagiaan keluarga kecil itu.

Yang penting ingat anak… tak ramai ayah ingat nak beli mainan dekat anak. – Netizen.

Bahagia cara tersendiri… tak perlu ikut orang lain. Semoga encik diberikan kesihatan untuk mencari nafkah untuk anak-anak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

petiais
3 years ago

(VIDEO) "Bertuah Punya Budak" - Cari Anak Tak Jumpa, Wanita Ini Terkejut Anak Lena Tidur Dalam Peti Ais

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...