(VIDEO) “Bertuah Punya Budak” – Cari Anak Tak Jumpa, Wanita Ini Terkejut Anak Lena Tidur Dalam Peti Ais

Kehidupan

(VIDEO) “Bertuah Punya Budak” – Cari Anak Tak Jumpa, Wanita Ini Terkejut Anak Lena Tidur Dalam Peti Ais

Tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya yang sedang lena tertidur di dalam peti ais telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu difahamkan telah mencari anaknya itu di merata tempat namun tidak menjumpainya.

Advertisement

Malah, ibunya turut terkejut apabila mendapati bahawa anaknya telah mengeluarkan semua barang yang terdapat di dalam peti ais sebelum masuk ke dalamnya dan tidur.

petiais

Harini dia boleh pergi lena dalam peti ais, bertuah punya budak. Jadi apa-apa habis orang kata aku taruk anak dalam peti ais.

Meninjau di ruangan komen, pemilik video turut memaklumkan bahawa anaknya memang suka bermain lampu peti ais namun tidak menjangka dia akan tidur di situ dengan lena kerana di rumahnya turut terdapat pendingin hawa atau aircond.

Aircond dua biji dalam rumah.. peti ais jugak hang masuk tidoq.

@madam_donat

#fyppppppppppppppppppppppp #ditaja dulu ada ja vid2 main aucak dgn dia dlm pti ais.tp acnt tu dh kna block dri live..?

? Hujan Dimalam Minggu Remix – ?????

Malah, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik tersebut dan memahami tindakannya itu kerana cuaca yang panas baru-baru ini.

Bukti cuaca makin panas la ni – Netizen.

Anak yang hebat.. dia tahu mana nak tidur lena musim panas ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

muadz
2 years ago

(VIDEO) "Kalau Polis Datang Nak?" - Anak Potong Beg Kawan, Cara Ibu Ajar Anak Raih Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...