Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantarn video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Founder Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri yang menunjukkan telekung yang dipakainya.
Menerusi video tersebut, dilihat Haliza sedang memakai telekung berwarna hitam yang penuh dengan manik yang berkilau-kilau dan memaklumkan bahawa harga telekung tersebut mencecah RM16000.
Malah, menurutnya selepas memakai telekung tersebut untuk beribadah, dia tidak lah rasa bersalah untuk memakai bag belasan ribu untuk berjumpa kawan-kawan.
Telekung harga RM16000.00 untuk jumpa Allah. Baru rasa tak bersalah pakai bag harga belasan ribu jumpa kawan-kawan.
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan meraih 170.2K tontonan, 6.0K tanda suka, dan 1.1K komen di aplikasi TikTok.
@halizamaysuri Semuanya Allah yang bagi ?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan founder itu yang seakan-akan ingin ‘menunjuk’.
Tapi setahu saya Allah suka kesederhanaan. Betulkan kalau salah. – Netizen.
“Nak bersujud kepada Allah bukan harga telekung menjadi ukuran TAPI keikhlasan hati dalam beribadah,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.