“Teman Tapi Mesra” – Hari-Hari Datang Rumah Melepak, Isteri Rimas ‘BFF’ Suami Terlebih ‘Clingy’

Kehidupan

“Teman Tapi Mesra” – Hari-Hari Datang Rumah Melepak, Isteri Rimas ‘BFF’ Suami Terlebih ‘Clingy’

Baru-baru ini, terdapat satu perkongsiaan seorang wanita di Twitter telah mendapat perhatian ramai apabila dia meluahkan rakan baik suaminya terlalu mengada hinggakan pasangan itu tiada masa untuk luangkan waktu bersama.

Difahamkan ia bermula apabila wanita ini sedang hamil anak sulung mereka dan rakan baik suaminya itu seakan-akan tidak mempunyai sifat bertimbang rasa kerana kerap mengajak suaminya keluar ‘lepak’ diluar.

Advertisement

Lebih membuatkan dia berasa sakit hati, teman baik suaminya itu dengan selambanya datang ke rumah mereka untuk melepak. Ia bukannya jarang-jarang berlaku, tetapi sering terjadi hinggakan ketika pasangan itu mempunyai masalah yang hendak diselesaikan pun terpaksa ditunda.

Biarpun si suami sudah banyak kali menolak ajakan kawannnya itu, dia masih berdegil datang ke rumah dan jika suami tidak mengangkat panggilan telefon, rakannya itu akan menelefon si isteri ataupun mesej untuk tahu keberadaan sang suami.

Bukan itu saja, rakannya itu juga sempat menasihati si isteri agar tidak membuat suaminya berasa stress dan memberitahu wanita itu bahawa dia sudah mengenali si suami buat masa yang lama, jadi lebih tahu ‘luar dan dalam’ suami.

Dalam pada itu, wanita itu turut sempat menasihati rakan-rakan di luar sana agar tidak berperangai seperti ini kerana ia boleh menyusahkan ramai pihak dan meminta untuk jaga batas sebagai rakan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

wanita penat anak asyik nak berkepit
6 bulan lalu

"Nak Kerja Pun Tak Boleh" - 'Stress' Anak Selalu Melalak Bila Berenggang, Wanita Akui Rasa Nak Lari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...