Viral di media sosial TikTok baru-baru ini mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faisal Johry yang telah menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, seorang lelaki dipercayai ingin menuju ke mesyuarat dilihat secara tidak sengaja tertumpahkan air kopi pada kasut berjenama mewah ‘Dior’ yang bernilai RM4,700.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila sejurus kejadian itu, dia tanpa berfikir panjang terus membeli kasut keluaran terbaru jenama itu yang berharga RM5,100 dengan bayaran tunai.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah meraih 2.2M tontonan, 140.1K tanda suka, dan 3.7K komen di aplikasi TikTok.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan terkejut melihat lelaki itu yang selamba membeli barangan mewah begitu mudah.
Kalau saya lain bang. kalau kopi tumpah saya lap je – netizen.
“Setakat Dior, aku pun tak mampu,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.