(VIDEO) “Dihalau & Ditinggalkan Di Rumah Orang Tua” – Anak Didakwa ‘Lesap’ Lepas Minta Ibu Turunkan Nama Harta

Kehidupan

(VIDEO) “Dihalau & Ditinggalkan Di Rumah Orang Tua” – Anak Didakwa ‘Lesap’ Lepas Minta Ibu Turunkan Nama Harta

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Faiz Hakim memaparkan seorang warga emas.

Menerusi video tersebut, warga emas berusia 66 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila mendedahkan bahawa dia sebenarnya mempunyai dua orang anak yang bekerja sebagai seorang doktor dan seorang jurutera di Petronas.

Advertisement

Namun, selepas kematian suaminya, anak-anak telah meminta untuk menurunkan kesemua harta pada nama mereka sehinggakan warga emas itu tinggal sehelai sepinggang.

Walaupun pernah cuba datang sampai di hadapan rumah untuk berjumpa anak-anaknya, wanita berasal dari Kelantan itu telah dihalau oleh mereka.

Apa yang lebih menyedihkan, dia turut ditinggalkan di Rumah Orang Tua pada waktu malam dengan alasan mereka tidak dapat menjaganya disebabkan terlalu banyak kerja dan tanggungan hidup.

Sengaja mute kan, cerita ibunda ni sebak..

@faizhakim90

Mohon jaga mak ayah kita semua..Allahurabbi.. #kisahibuanak #parenting #faizhakim #fahacademy

? Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak melihat nasib warga emas berkenaan dan mengecam tindakan anak-anak yang tidak mengenang jasa dan budi ibu bapa.

Anak dia tak fikir ke. Dari mana dia datang dan siapa yang besarkan dia sampai dapat jawatan tinggi. – netizen.

Guru saya pernah berkata, andai kata air mata seorang ibu mengalir akibat seorang anak derhaka kepada ibu, anak tersebut tidak akan masuk syurga,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Janji Ikut Trend, Peduli Apa Anak Sakit" - Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Marah Ibu Tindik Telinga Anak Umur 2 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...