(VIDEO) Gelak Ketawa Bersama Di Mahkamah, Ramai Sebak Tengok Syamsul & Puteri Sarah – “Kalaulah..”

Hiburan

(VIDEO) Gelak Ketawa Bersama Di Mahkamah, Ramai Sebak Tengok Syamsul & Puteri Sarah – “Kalaulah..”

Terkini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April 2023.

Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah, pasangan selebriti itu telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman.

Advertisement

Susulan itu, tular pula mengenai video TikTok dimuat naik oleh Mstar yang memaparkan momen dimana Syamsul dan Sarah dilihat sedang berbual sambil bergelak tawa ketika berada di Mahkamah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat pasangan selebriti itu yang dahulunya pernah menjadi pasangan suami isteri bahagia.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut berharap sekiranya tiada kehadiran orang ketiga atau penyondol pastinya mereka akan menjadi keluarga yang Mawaddah sehingga sekarang.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Syamsul dan Sarah lebih sesuai berkawan rapat dan bahagia dengan cara masing-masing.

Info tambahan, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Syamsul Yusof Setuju Ceraikan Puteri Sarah, Akan Lafaz Talak 18 April Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...