Syamsul Yusof Setuju Ceraikan Puteri Sarah, Akan Lafaz Talak 18 April Ini

Hiburan

Syamsul Yusof Setuju Ceraikan Puteri Sarah, Akan Lafaz Talak 18 April Ini

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas tentang status Jawatankuasa Pendamai (JKP) di antara pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana hari ini berjalan dengan lancar.

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, Syamsul dan Sarah telah pun mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik dan aman.

Advertisement

Justeru, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan prosiding kes lafaz cerai pengarah, Syamsul Yusof terhadap Sarah pada 18 April akan datang.

Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun berkenaan akui berasa sangat bersyukur selepas segala urusan mereka mendapat kata sepakat dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Syukur alhamdulillah sebab kami sudah berjumpa bincang semua terma dan syarat. Pasal apa saya nak, dia nak, nafkah anak-anak, semua memang diselesaikanlah semalam. Hari ini pun semua dipermudahkan dan kami boleh ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua muktamad, tak payah pening-pening sudah.”

Difahamkan, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut, antaranya hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.

1 year ago

"Jumpa Sekejap Lagi.." - Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah, Puteri Sarah Nekad Bawa Haluan Masing-Masing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...