Baru-baru ini tular di laman TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna memaparkan keadaannya selepas mengikuti kelas berbasikal telah manjadi perhatian apabila menunjukkan dirinya tidak mampu bergerak sehingga terpaksa dibantu oleh rakannya.
Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat cuba untuk berjalan namun terjatuh selepas beberapa kali cuba untuk meluruskan kakinya hanya untuk berdiri.
Difahamkan, kaki kirinya kini tidak boleh bergerak selepas kejadian tersebut sekaligus membuatkan dirinya bimbang dengan keadaan yang dialaminya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 200.9K tontonan dan 14.3K tanda suka di laman TikTok yang mana rata-ratanya berasa bimbang melihat keadaan gadis tersebut.
Malah, meninjau di ruangan komen ada juga netizen yang bimbang keadaan itu disebabkan Rhabdomyolysis dimana boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang lalu mengakibatkan kematian.
“Hati-hati takut muscle breakdown sampai keluar kencing hitam nanti. Monitor hari ke hari..” tulis seorang netizen.
“I kena rhabdomyolysis lepas kelas pertama berbasikal. Air kencing warna coca-cola and muscle pain sakit gila. Pastu kena masuk hospital seminggu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.