(VIDEO) ‘Bangga’ Tayang Diri Tak Vaksin Dan Kena COVID, Gadis Ini Undang Kecaman Netizen

COVID-19

(VIDEO) ‘Bangga’ Tayang Diri Tak Vaksin Dan Kena COVID, Gadis Ini Undang Kecaman Netizen

Sedia maklum, ketika ini setiap individu di Malaysia diwajibkan untuk mengambil suntikan vaksin serta dos penggalak bagi mengurangkan penularan kes COVID-19 di negara.

Bagaimanapun, masih ada sebilangan masyarakat yang enggan mematuhi arahan tersebut kerana wujudnya kepercayaan vaksin itu membahayakan diri.

Advertisement

Seperti seorang individu di TikTok ini, beliau mendakwa dirinya belum pernah dijangkiti wabak COVID-19 biarpun diri masih belum divaksin.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, gadis ini seakan-akan bangga memberitahu kepada umum tentang status vaksinasinya serta kesihatan diri beliau hingga membuatkan netizen berasa ‘meluat’.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, hampir kesemua warganet meninggalkan komen kecaman dan menyifatkan wanita itu bangga tak kena tempat.

komen tiktok

Biarpun dikecam oleh ramai pihak, gadis tersebut masih kelihatan tenang membalas komen kecaman terbabit dan seolah-olah tidak kisah menerima komen negatif dari netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ina naim seronok main bowling
2 years ago

"Cemana Boleh Masuk?" - Netizen Pertikai Ina Naim Sakan Main 'Bowling' Tapi Tak Vaksin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...