(VIDEO) “First Time Tengok..” – Lelaki Makan Mata Lembu Masih Mentah Buat Netizen Loya Tekak

Kehidupan

(VIDEO) “First Time Tengok..” – Lelaki Makan Mata Lembu Masih Mentah Buat Netizen Loya Tekak

Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Akim Sulong yang memaparkan dirinya makan bahagian mata lembu korban telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat mengambil bahagian mata lembu korban yang baru sahaja disembelih dan menyedut isi mata lembu tersebut mentah-mentah.

Advertisement

Menurutnya, rasa mata lembu sama seperti mata ikan dan ianya tidak hanyir sama sekali malah lebih sedap jika dimakan dalam keadaan mentah.

Siapa sini yang suka makan mata lembu fresh-fresh jugak? Ada geng tak?

@akimsulong

Siapa sini yang suka makan mata lembu presh2 jugak?? Ada geng x??? #fyp #korban #lembu #rayahaji

? Takbir Hari Raya – Ibrahim Elhaq

Tambahnya lagi, dia mula mencuba untuk makan mata lembu sejak dari zaman sekolah lagi dan penduduk kampung di situ memang menggemari bahagian itu kerana dipercayai mempunyai banyak khasiat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat tindakan lelaki itu yang selamba makan daging lembu yang masih mentah.

First time tengok orang makan biji mata lembu mentah-mentah.. tiba-tiba tekak saya jadi loya – netizen.

Pernah makan! Rasa macam telur je. Cuma ada la rasa hanyir lembu tu. Btw mata lembu fresh ni bagus untuk siapa-siapa yang ada semput /athma,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kotak kondom dianggap coklat
2 years ago

(VIDEO) Anak Ingat Coklat Rupanya Kotak Kondom, Si Bapa Gesa Agar Tukar 'Design' Paket Supaya Tak Keliru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...