Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Akim Sulong yang memaparkan dirinya makan bahagian mata lembu korban telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat mengambil bahagian mata lembu korban yang baru sahaja disembelih dan menyedut isi mata lembu tersebut mentah-mentah.
Menurutnya, rasa mata lembu sama seperti mata ikan dan ianya tidak hanyir sama sekali malah lebih sedap jika dimakan dalam keadaan mentah.
Siapa sini yang suka makan mata lembu fresh-fresh jugak? Ada geng tak?
@akimsulong Siapa sini yang suka makan mata lembu presh2 jugak?? Ada geng x??? #fyp #korban #lembu #rayahaji
Tambahnya lagi, dia mula mencuba untuk makan mata lembu sejak dari zaman sekolah lagi dan penduduk kampung di situ memang menggemari bahagian itu kerana dipercayai mempunyai banyak khasiat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat tindakan lelaki itu yang selamba makan daging lembu yang masih mentah.
First time tengok orang makan biji mata lembu mentah-mentah.. tiba-tiba tekak saya jadi loya – netizen.
“Pernah makan! Rasa macam telur je. Cuma ada la rasa hanyir lembu tu. Btw mata lembu fresh ni bagus untuk siapa-siapa yang ada semput /athma,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.