(VIDEO) “Fikir La Banyak Kali” – Mata Jadi Merah & Kabur Lepas ‘Bungee Jumping’, Doktor Dedah Sebab Kenapa

Kehidupan

(VIDEO) “Fikir La Banyak Kali” – Mata Jadi Merah & Kabur Lepas ‘Bungee Jumping’, Doktor Dedah Sebab Kenapa

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang doktor optometrist dikenali sebagai Shahrizal Redwan yang mendedahkan risiko bermain permainan Bungee Jumping kepada pesakit rabun tinggi.

Menerusi video tersebut, doktor Shahrizal berkongsi sebuah kes mengenai seorang pesakit berusia 24 tahun yang mengalami mata merah dan kabur selain turut mengalami pening, terhuyung-hayang, sesak dada dan sakit tengkuk selepas melakukan aktiviti ekstrem tersebut

Advertisement

Difahamkan, walaupun kesemua gelaja itu semakin beransur pulih namun wanita itu masih mengalami kabur pada mata kiri selepas hampir sebulan melalui proses pemulihan.

Dah kata dah jangan main! Bagi saya fikir la banyak kali.

Jelas Shahrizal, rupa-rupanya mata kiri wanita itu mengalami kecederaan yang lebih serius sehingga terdapat pendarahan di belakang mata.

@shahrizalredwan

#optometrist #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #KekalSihat

? Sad Emotional Piano – DS Productions

Dalam pada itu, Shahrizal turut berkonsi tips keselamatan yang perlu dilakukan semasa bermain permainan Bungee Jumping.

Menurutnya, terdapat pendapat yang mengatakan mata kemerahan itu berlaku kerana seseorang itu bertindak menahan nafas ketika melompat iaitu semasa tali sedang tegang.

Jadi jangan cuba tahan nafas masa lompat.

@shahrizalredwan

#optometrist #rabun #matastress #juling #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #KekalSihat

? Powerful songs like action movie music – Tansa

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Rakam Biar Dari Awal" - Niat Nak Burukkan 'Service', Wanita 'Bertekak' Dengan Staf Restoran Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...