(VIDEO) “Rakam Biar Dari Awal” – Niat Nak Burukkan ‘Service’, Wanita ‘Bertekak’ Dengan Staf Restoran Dikecam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Rakam Biar Dari Awal” – Niat Nak Burukkan ‘Service’, Wanita ‘Bertekak’ Dengan Staf Restoran Dikecam Netizen

‘Pelanggan sentiasa betul’, itulah ungkapan yang sering digunakan antara pelanggan dan penjual, akan tetapi realitinya tiada manusia yang sentiasa betul dan begitu jugalah pelanggan.

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang pekerja restoran makanan segera ‘bertekak’ dengan pelanggan dipercayai sebab isu ayam goreng.

Advertisement

Dalam video yang dimuat naik di media sosial Facebook, dapat dilihat sepasang pelanggan memarahi seorang pekerja yang dipercayai pengurus restoran berkenaan.

Pasangan terbabit dipercayai mengamuk kerana pihak restoran telah menolak permintaan mereka namun apa yang dipesan tidak dapat didengari dengan jelas kerana suara jeritan masing-masing sangat kuat.

 

Disebabkan pergaduhan itu, pihak restoran kemudian telah meminta pasangan terbabit untuk meninggalkan premis itu membuatkan mereka berasa ‘panas hati’.

Walau bagaimanapun, video itu sebaliknya mendapat kecaman warganet kerana dirakam hanya separuh daripada kejadian yang berlaku.  Ramai berfikir bahawa niat pasangan itu adalah untuk membangkitkan kemarahan pekerja restoran berkaitan isu yang kecil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

ceo batu restoran jepun
2 years ago

(VIDEO)“Siapa Dia Ni?” - ‘Selotape’ Mata Dan Sebut Ayat Lucah, TikTokers Dikecam Ketika Promosi Restoran Jepun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...