January 12th, 2018

Belum lagi reda dengan isu panas Datuk Farid Kamil menampar polis dan positif dadah, kini tersebar pula video menunjukkan beliau live bersama aktor Sofi Jikan menerusi aplikasi Bigo Live. Ada beberapa pihak mengatakan video tersebut dirakam beberapa jam sebelum Farid berkelakuan aneh dan mengamuk di balai polis.

Berdasarkan video tersebut, ramai yang membuat andaian bahawa Farid sudah berada di bawah pengaruh dadah ketika itu. Walaubagaimanapun, kami tidak tahu kebenaran disebalik dakwaan itu.

Apa yang kami lihat, Farid seakan tenang menjawab soalan daripada peminat dan turut berkongsi beberapa filem serta drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Malah, Farid juga tidak mahu membahaskan soal politik meskipun ada yang cuba membangkitkan isu tersebut.

Hari ini Farid akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. Sehingga hari ini, masih ada belum sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Farid bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada beliau.


24 responses to “(VIDEO) Farid Kamil Bigo Live Sebelum Ditahan Polis Tersebar?”

  1. Manja says:

    Saya terpanggil untuk bagi pendapat.
    Dalam kes2 di Mahkamah, banyak yang teraniaya.
    Macam kes FK ni, entahla.
    Cuma, saya rasa Perlu adanya siasatan pada SJ.
    Cuma, kena ada orang yang buat report polis terhadap SJ.
    Dengan Bigo, lepas tu tekanan perasaan, something weird happen here.
    No wonder FK jadi macam ni.
    TAKUT ORANG ANIAYA JE.
    Letak Drugs dalam minuman ke, rokok ke, makanan ke, sebab kawan, main minum je. pastu jadi macam ni.. Kalau betul SJ tu ada ngan dia, kenapa SJ tu tak kejar FK bila FK tu lari?

    Tak apa lah Dato’
    Allah ada. Jika benar ujian ini untuk dato’ akan ada sesuatu yang baik pada masa hadapan.
    Suami kawan saya sendiri pernah kena tangakp bawah Sec 39(B) DDA semata2 bawa ganja yang dia pun tak tahu itu ganja. kawan datang rumah minta anta ke stesen bas. sampai tengah jalan, polis dah tunggu. kawan yang punya dah lari lompat dari motor. walhal, kawan tu tumpang bermalam rumah kawan saya.
    Rupanya ada udang, nak aniaya suami kawan saya.
    Sekarang, dah 5 tahun kes dia. dibawa sehingga ke mahkamah Persekutuan.

    kesian sangat.
    masa tu prang sekeliling, salahkan..cerca anak bini.
    bila keputusan di mahkamah tinggi membuktikan dia tak bersalah, diam semua.
    cuma pendakwaraya memohon appeal ke mahkamah persekutuan pula.

    mudah2an kita semua tidak dianiaya seperti ini.
    Amin

  2. Saper2 je la says:

    Letih aku sana sini tgk muka farid ni eh…

  3. farida says:

    yg sorang tu kaki ganja jg ek?

  4. Anonymous says:

    Aku tak redho napa ni terjadi

  5. Wazien says:

    hmpa sume jgnlh hentam farid mcm2…kita ni org luar je tak tau crita sbenar, hormatilah prasaan ibu bapany, isteri & kluargany…jika tk mmpu mmahami, skurgnya hormtilah prasaan ibu & isteriny bukanny dgn mnambahkn lg ‘stress’ mreka. ni dugaan buat kluarga mreka, takda kluarga yg takda berdepan dgn dugaan…
    Moga Farid & Kluarga d beri kuakatan mnghadapi dugaan ini. Aamiin.

Loading...