(VIDEO) Enjin Kereta Jahanam ‘Dilenjan’ Pekerja Bengkel Tanpa Kebenaran, Pemilik Preve Rugi Hampir RM15k

Kehidupan

(VIDEO) Enjin Kereta Jahanam ‘Dilenjan’ Pekerja Bengkel Tanpa Kebenaran, Pemilik Preve Rugi Hampir RM15k

Satu perkongsian individu di media sosial Facebook baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia mendakwa bahawa keretanya telah dipandu tanpa kebenaran sehingga ‘mileage’ mencatatkan hampir 4,000 kilometer di luar pengetahuannya.

Kata individu yang dikenali sebagai Alif Hj Zainuddin itu, dia telah menghantar keretanya ke sebuah bengkel modifikasi pada awal Disember lalu dan dijanjikan pemilik bengkel akan siap pada Tahun Baharu Cina 2022 iaitu pada 1 Februari dengan kos keseluruhan bernilai RM15,000.

Advertisement

Alif yang mencatat jarak perbatuan (mileage) sekitar 231,916km sebelum meninggalkan kenderaan model Preve miliknya itu di bengkel berkenaan.

Namun, kereta yang telah siap itu didapati mula mengalami masalah enjin serta beberapa bahagian modifikasi bodykit dilihat tidak memuaskan serta catnya sudah mula terkopek.

Malah, ketika Alif cuba untuk meminta invois, pemilik bengkel berkenaan enggan memberi kerjasama dan pelbagai alasan telah diberikan kepadanya.

Selain itu, kerosakan lain yang didapati pada kenderaannya itu adalah seperti panel dashboard yang telah patah, antena asli hilang, cat tidak sempurna serta hasil kerja pendawaian lampu dan bumper yang tidak memuaskan hati.

 

Alif juga mendakwa bahawa pemilik bengkel telah memandu keretanya tanpa kebenaran kerana jarak ‘mileage’ ketika kereta dihantar ke bengkel dengan ketika dia mengambil kereta adalah sangat jauh sehingga mencecah 231,916km.

Ini bermakna kereta Alif telah dipandu sejauh 3,782km di luar pengetahuannya.

Setelah itu, pemilik bengkel juga dikatakan enggan ‘melepaskan’ kereta tersebut kerana Alif tidak menjelaskan baki pembayaran modifikasi berkenaan.

Sehubungan itu, Alif memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis berikutan kejadian itu dan hanya akan membuat pembayaran baki setelah menolak kes pembaikan enjin yang rosak itu nanti.

kek tiktok
3 years ago

(VIDEO) "Budak Intern Yang Buat.." - Bayar Mahal Untuk Kek Majlis Tunang, Yang Dapat Hanyalah..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...