(VIDEO) “Budak Intern Yang Buat..” – Bayar Mahal Untuk Kek Majlis Tunang, Yang Dapat Hanyalah..

Kehidupan

(VIDEO) “Budak Intern Yang Buat..” – Bayar Mahal Untuk Kek Majlis Tunang, Yang Dapat Hanyalah..

Lumrah bagi setiap individu untuk memastikan apa yang dirancang pada hari bahagia mereka berjalan dengan lancar tanpa halangan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia ada berkongsi momen ketika majlis pertunangannya yang bertukar tragedi gara-gara kek yang ditempahnya ‘indah khabar dari rupa’.

Advertisement

Dalam video yang dimuatnaik wanita bernama @ainnvbilv ini, dia dilihat telah memuat naik perbualan dengan penjual kek itu yang pada mulanya berjalan dengan lancar.

Tetapi apabila kek yang dipesan sudah siap, Ain mendapati hiasan kek terlalu buruk dan tidak seperti apa yang dipersetujui sebelum ini.

Penjual kek itu kemudian berkata ianya hanyalah masalah kecil dan boleh dibaiki namun keadaan kek menjadi lebih teruk, tidak sepadan dengan nilai harga yang dibayar.

kek tunang tiktokSumber : TikTok  
kek tunang tiktokSumber : TikTok  

Malah, langsung tiada permohonan maaf dibuat oleh penjual kek itu setelah insiden memalukan itu terjadi dan mengatakan kek tersebut dibuat oleh ‘budak intern’.

Kedai cake ni di Ipoh ye. Harap warga Ipoh semua berhati-hati. Sampai sekarang sikit kata maaf pun tak diterima, malah kena block pula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan perasaan marah dan turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan peniaga kek yang berperangai tidak bertanggungjawab seperti ini.

“RM200 untuk kek macam tu? Naya orang betul. Sabarlah sis..” – komen seorang netizen.

pemandu van miang
2 years ago

(VIDEO) "Mula-Mula Cubit Pipi.." - Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang, Bapa Nekad Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...