(VIDEO) DJ Cuak Terima Panggilan Wanita Mati Terbakar, Hujung-Hujung Mengilai Kuat – “Ini Bukan Gimik”

Hiburan

(VIDEO) DJ Cuak Terima Panggilan Wanita Mati Terbakar, Hujung-Hujung Mengilai Kuat – “Ini Bukan Gimik”

Tular di media sosial semalam apabila Dj Radio Era FM, Fazziq Muqris dikatakan menerima satu panggilan telefon daripada wanita misteri yang meluahkan perasaan mengenai suatu kisah silam yang membuatnya berasa terkilan.

Kata wanita itu, peristiwa itu terjadi pada tahun 1990-an di mana dia telah keluar rumah tanpa pengetahuan keluarganya untuk membeli hadiah beg tangan buat ibunya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

Ceritanya lagi ketika sesi ‘live’ di radio itu, kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum jatuh ke dalam gaung. Wanita itu kemudian menangis teresak-esak dan meminta ‘pertolongan’ Fazziq untuk mengambil beg tangan yang sempat dicampak keluar dari kereta untuk diberikan kepada ibunya.

Saya ambil beg mak saya tu saya campak ke luar, saya nak sangat mintak tolong Fazziq bagi beg itu kepada mak saya.

Saya tak sempat keluar dari kereta, saya tak tau macam mana kereta dan saya terbakar.

Bertambah seram apabila wanita itu mengakhiri panggilan tersebut dengan suara mengilai yang cukup panjang, membuatkan Fazziq dan para pendengar meremang bulu roma.

Video itu kemudiannya menjadi tular dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Sementara itu, Fazziq berkata panggilan tersebut bukanlah gimik semata-mata ataupun dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.

“Memang benda ni kami tak rancang langsung. Masa dia nangis saya dah mula meremang. Saya tanya dia dekat mana. Bila dia cakap saya dekat luar, kereta dah terbakar. Lepas tu waktu dia mengilai tu kami satu konti terdiam dan terus putuskan panggilan.” jelas Fazziq.

Cik Pia Bosskay
2 years ago

Cik Pia Nafi Tidak Mahu Bercerai, Dedah Bosskay Yang Masih Belum Mahu Lepaskan - "Doakan Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...