Cik Pia Nafi Tidak Mahu Bercerai, Dedah Bosskay Yang Masih Belum Mahu Lepaskan – “Doakan Saya”

Kehidupan

Cik Pia Nafi Tidak Mahu Bercerai, Dedah Bosskay Yang Masih Belum Mahu Lepaskan – “Doakan Saya”

Kisah rumah tangga antara pensohor media sosial Cik Pia bersama suaminya, Bosskay semakin menjadi ikutan dan tumpuan netizen di media sosial.

Daripada isu si suami tidak hari ketika pendaftaran nama anak mereka, dakwaan Cik Pia tidak waras serta desas desus yang mengatakan lelaki itu telah bernikah kali ketiga bersama seorang artis wanita, ibu kepada dua orang anak itu kemudian tampil memberi penjelasan mengenai status perhubungannya bersama Bosskay.

Advertisement

Kata Cik Pia atau nama sebenarnya Norsufia Johari, dia bukan tidak mahu berpisah  sebaliknya Bosskay yang enggan menceraikannya meskipun sudah lama tidak memberi nafkah kepada dia dan anak-anaknya.

Ini berikutan ramai netizen yang meminta agar Cik Pia keluar daripada perkahwinan itu dan mencari kebahagiaan sendiri.

Tambahnya lagi, anak-anak mereka kini terabai buat seketika kerana segala perbelanjaan ditanggung olehnya seorang diri dan tidak mampu untuk menambah ‘tanggungjawab’ turun naik mahkamah jika ingin menuntut fasakh.

Menjengah ke ruangan komen di video penjelasan tersebut, netizen tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Cik Pia bOss kay tash yong
1 year ago

"Tunggu Nasib Kau Seterusnya" - Lelaki Abai Anak Di JPN Didakwa Nikahi Kali Ke-3 Bersama Artis Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...