Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu video yang memaparkan seorang gadis bertudung merah di sebuah klinik kecantikan.
Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat sedang melakukan proses rawatan Nose Lifting dengan menyuntik cairan ke bahagian hidung tertentu bagi mengubah struktur dan memancungkan hidung.
Malah, dapat dilihat dengan ketara perubahan struktur hidung yang ditunjukkan selepas gadis itu melakukan rawatan tersebut.
Namun, meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mempersoalkan tentang hukum membuat rawatan tersebut kerana tindakan gadis bertudung itu seperti sudah mengubah ciptaan Tuhan.
“Is it allowed in Islam?” tulis seorang pengguna TikTok.
Malah, ada juga yang mengatakan bahawa bentuk asal hidung gadis itu sudah cantik dan tidak perlu untuk melakukan rawatan tersebut.
Diharamkan ubah ciptaan Allah sis, yang asal dah cantik. – Netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.