“Aib Bini Selamba Tayang” – Isteri Sakit Perut Nak Pakai ‘Pampers’ Anak, Suami Rasa Kelakar Tapi Dikecam

Kehidupan

“Aib Bini Selamba Tayang” – Isteri Sakit Perut Nak Pakai ‘Pampers’ Anak, Suami Rasa Kelakar Tapi Dikecam

Zaman kini, setiap orang mempunyai platform media sosial sendiri untuk mereka berkongsikan pelbagai perkara seperti rutin harian, masakan, mempromosi produk dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai sifat malu dan masih boleh berfikir mana satu yang baik serta buruk, setiap konten yang ingin di muat naik pasti akan difikirkan dahulu risikonya.

Advertisement

Namun, baru-baru ini seorang influencer di TikTok telah memuat naik satu video yang mengundang kecaman daripada netizen kerana dianggap memalukan isterinya.

Di dalam video berkenaan, kelihatan isterinya yang juga merupakan influencer genit yang sememangnya dikenali ramai mahu memakai pampers anak kerana sudah tidak tahan untuk menahan sakit perut.

Jika lihat dari raut wajah si isteri, memang jelas dia tidak berasa selesa apabila si suami merakam ketika dirinya dalam keadaan seperti itu walaupun lelaki berkenaan hanya menganggap semua itu adalah gurauan.

komen tiktok

Melihat dari jumlah tontonan video berkenaan, sudah hendak mencecah 5 juta tontonan daripada pengguna platform tersebut. Namun, kebanyakkan netizen meninggalkan komen berasa tidak selesa melihat konten seperti itu.

Hampir kesemua berpendapatan, lelaki berkenaan sepatutnya tidak merakam si isteri seperti itu kerana ia seolah-olah membuka aib isteri sendiri yang jelas tidak selesa.

Walaupun hampir kesemua komen adalah kecaman, masih ada juga netizen yang meninggalkan komen-komen nasihat agar befikir dahulu sebelum membuat konten yang kurang bijak seperti itu agar tidak timbulnya fitnah.

6 bulan lalu

"Kenapa Nak Malu?" - Suami Segan Kena Sakat Bawa Bekal Pergi 'Office', Sekali Isteri Buat 'Style' Bungkus Dekat Kedai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...