“Kenapa Nak Malu?” – Suami Segan Kena Sakat Bawa Bekal Pergi ‘Office’, Sekali Isteri Buat ‘Style’ Bungkus Dekat Kedai

Kehidupan

“Kenapa Nak Malu?” – Suami Segan Kena Sakat Bawa Bekal Pergi ‘Office’, Sekali Isteri Buat ‘Style’ Bungkus Dekat Kedai

Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri dalam bergurau dengan pasangan masing-masing.

Itulah yang dikongsikan di Twitter oleh akaun yang dikenali sebagai @nadziraaahh di mana seorang isteri menyediakan bekal seperti dibeli dari kedai.

Advertisement

Difahamkan, lelaki itu pada awalnya malu untuk membawa bekal kerana sering disakat kawan sepejabat.

Disebabkan itu, isterinya menjadi kreatif dan menyediakan bekal kepadanya dengan bungkusan seolah-olah makanan itu dibungkus dari kedai makan.

Isterinya juga sempat berkata mana-mana suami yang membawa bekal tidak perlu berasa malu kerana ia boleh menjimatkan masa dan lebih istimewa, makanan tersebut daripada air tangan isteri sendiri.

Menerusi ‘thread’ di Twitter tersebut, ramai para isteri berkongsi gambar bekal yang mereka sediakan untuk suami masing-masing mereka untuk ke tempat kerja.

Selain itu, ada juga netizen yang berasa tindakan mengejek atau menyakat rakan sekerja yang membawa bekal ke pejabat perlu dihentikan kerana ia adalah budaya yang tidak elok.

grab rider kena sadai
6 bulan lalu

"Lupa Off Lah Ni" - Jauh Datang Nak 'Pickup' Makanan, 'Rider' Kena 'Sidai' Tengok Kedai Dah Tutup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymousjugak

    June 3, 2022 at 3:49 am

    Patutnya bangga, sebab ramai sekarang isteri2 tak tau masak…ada burger yang senang tu pun ditaruk mentah2!!! So bersyukurlah sang suami yang isteri pandai masak bawakan bekal…patunya bila kawan usik, cakap jer “kau ada?!”

  2. Anonymous

    June 2, 2022 at 7:48 pm

    eleh…padahal jeles kan bini diaorang xbuat bekal…piiraahh…bos laki aku yg gaji 20k tu pon bini dia still buat bekal tiap² hari…laki aku pon request nk bawak bekal

Loading...