“Lupa Off Lah Ni” – Jauh Datang Nak ‘Pickup’ Makanan, ‘Rider’ Kena ‘Sidai’ Tengok Kedai Dah Tutup

Kehidupan

“Lupa Off Lah Ni” – Jauh Datang Nak ‘Pickup’ Makanan, ‘Rider’ Kena ‘Sidai’  Tengok Kedai Dah Tutup

Bergelar seorang ‘rider’,  pasti ada saja cerita dan kisah suka duka sepanjang menjalankan tugas menghantar makanan kepada pelanggan.

Seperti kisah seorang ‘rider’ yang dikenali sebagai Shammil ini, dia pernah berhadapan dengan peristiwa memenatkan apabila dirinya didapati ‘tersadai’ setelah kedai makanan yang dikunjunginya tutup.

Advertisement

Kata Shammil, dia telah ‘travel’ agak jauh dan berasa kecewa apabila mendapati restoran berkenaan tidak beroperasi sejak sekian lama.

Berikutan itu, ‘rider’ itu menganggap pemilik kedai makanan itu tidak menutup aplikasi penghantaran makanan ‘online’ yang didaftar sebelum ini.

Difahamkan, jika pemilik kedai tidak ‘off’ aplikasi tersebut, pelanggan akan menganggap kedai tersebut masih beroperasi seperti biasa.

Dan jika ada pelanggan yang membuat tempahan, ‘rider’ akan ‘pick-up’ makanan tanpa mengetahui kedai tersebut tutup atau tidak.

riderSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap ‘rider’ tersebut yang terpaksa bergerak jauh semata-mata memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam pada itu, ada juga yang menceritakan pengalaman yang sama dengan Shammil.

“Saya pernah kena, saya order dekat gr*b, lepas tu dapat call dari kedai. Dia lupa nak update dekat apps. Kemudian dapat call dari rider pula kata kedai tutup.” tulis seorang netizen.

tiktok
2 years ago

(VIDEO) "Seluar RM150.." - 'Ex-Gf' Tuntut Barang Lepas Putus Cinta, Respon Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...