Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fadjir yang memaparkan seorang pekerja kilang sedang makan bersendirian telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki itu merupakan sahabatnya yang baru sahaja ditinggalkan oleh bakal tunang.
Difahamkan, dia telah ditinggalkan 2 minggu sebelum majlis pertunangan mereka gara-gara wanita itu telah memilih lelaki yang lebih berkerjaya.
Dia cuba nampak happy depan kami semua tapi kami tahu bro apa yang kau rasa.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah berjaya mendapat 1.5M tontonan, 129.8K tanda suka, 3.3K komen di aplikasi TikTok.
@fadjir Tabah lah bro ada lagi bunga kat luar sana ?? #putuscinta #cinta #kenatinggal? #fypmalaysia??
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sayu melihat lelaki itu yang cuba untuk menyimpan kesedihan dan menunjukkan wajah ceria kepada rakan-rakannya.
Allah nak bagi lagi terbaik jangan risau – Netizen.
“Begitu la hidup tak berduit tak berkerjaya tak ada siapa nak pandang kita ni, the best man win selalu nak rampas hak yang kita tengah usaha,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.