“Ni Wajib Hantaran Tinggi” – Mampu ‘Overhaul’ Enjin Dan Main Spanar, Gadis Ini Buat Ramai Kagum

Kehidupan

“Ni Wajib Hantaran Tinggi” – Mampu ‘Overhaul’ Enjin Dan Main Spanar, Gadis Ini Buat Ramai Kagum

Seorang gadis baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia menunjukkan minat dalam bidang kejuruteraan automotif yang kebiasaannya didonimasi oleh kaum lelaki.

Bagi Hayatun Nufus Roshisam yang baru berusia 19 tahun ini, dia sememangnya sangat meminati bidang tersebut dan sudahpun memasuki tahun ke-4 melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional dalam kursus pengajian Diploma Teknologi Automotif.

Advertisement

Hayatun yang mesra disapa Fuss menceritakan lanjut mengenai bidang pengajiannya itu ketika dihubungi mStar Online berkata, dia telah menyertai Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WMSB) Di CIAST Shah Alam sebelum videonya ketika berada di acara itu menjadi tular di media sosial TikTok.

Ceritanya lagi, antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pertandingan itu seperti membaik dan ‘overhaul’ enjin serta beberapa tugasan bahagian elektrikal seperti menguruskan sistem enjin.

Kata Fuss, dia telah berjinak-jinak dalam bidang aktiviti sukan lasak selain menyahut cabaran bapa saudaranya untuk berkecimpung dalam jurusan automotif.

fuss tiktok viralSumber : mStar Online  

Bukan itu saja, saya nak ubah persepsi orang lelaki bahawa tak semua perempuan ni lembik macam mereka sangka. Bukan semua perempuan tak mampu atau tak boleh buat kerja lelaki.

Mengulas komen netizen yang gemar mengaitkan hantaran kahwin tinggi dengan kemampuannya untuk bermain ‘spanar’ dan bergelumang minyak enjin, Fuss berpendapat bahawa ia bergantung kepada situasi kerana setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Bagi saya, soal hantaran tinggi tu tak patut dibahas pun sebab mereka tak tahu lagi kekurangan saya. Bergantung pada situasi juga. Kalau hantaran tinggi-tinggi tapi tak boleh buat lelaki tu bahagia dan kenyang tak guna juga” ujarnya lagi.

wanita gugur kembar 3
6 bulan lalu

(VIDEO)"Jumpa Kat Syurga Anak Ibu"- Wanita Hamil 3 Anak Kembar Alami Keguguran Kerana Jatuh 'Toilet'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...