Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang gadis bernama Irma dilaporkan telah mula disantau sejak umurnya mencecah 14 tahun hanya kerana menjadi pelajar cemerlang di dalam kelasnya.
Irma menurut kedua orang tuanya semakin susut tubuh badan kesan daripada disantau dan kini sudah lumpuh sepenuhnya.
Kata ibu Irma, mereka tidak mengesyaki apa-apa yang buruk terjadi terhadap anaknya itu dan hanya menghantar ke hospital ketika Irma mengadu sakit badan dan kurang selesa.
Namun keadaan makin tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan mereka mengambil keputusan untuk membawa Irma ke pusat perubatan Islam bagi tujuan merawatnya.
Rupa-rupanya, kawan Irma yang sering memperoleh ‘ranking’ nombor 1 didalam kelas berasa cemburu setelah gadis itu berjaya memecahkan rekod dan ‘merampas’ gelaran pelajar terbaik di sekolah.
Saya ingat kesihatan dia terjejas sebab kurang nutrisi. Sebelum ini Irma cuma dapat nombor 3 atau 4 saja. Tapi dia belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat nombor 1. Tapi rakannya kurang senang. – Ibu Irma
Kata bapa Irma, anaknya itu tidak boleh mendengar ayat suci Al-Quran dan turut mempunyai lima penunggu di dalam badannya selain enggan makan.
Berkat dirawat oleh perawat Islam, keadaan Irma semakin baik berbanding dahulu.