Pelakon kacak, Fattah Amin telah dijemput sebagai artis undangan untuk berganding bersama kumpulan Ubi di pentas minggu ke-8 Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) baru-baru ini.
Minggu itu menyaksikan kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie mengangkat tema Mat Kilau dan Fattah muncul sebagai watak Awang.
Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila pelakon, Sharnaaz Ahmad turut berada di pentas sama memikul tanggungjawab sebagai hos MLS3 bersama Elly Mazlein.
Seperti yang ramai tahu, sebelum ini Sharnaaz pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan penerbitan buku ‘99 Kata-Kata Fattah Amin‘ kerana kandungannya menyentuh tentang dirinya. Malah, dia turut mempersoalkan tahap pencapaian Fattah sehingga dapat mengeluarkan buku tersebut.
Susulan itu, segelintir netizen telah mendakwa suami kepada pelakon jelita Fazura itu kelihatan kekok berada di pentas yang sama dengan Sharnaaz.
Tampil menjawab dakwaan tersebut, Sharnaaz menjelaskan bahawa dia dan Fattah telah melupakan kisah lalu memandangkan masing-masing kini sudah berusia dan lebih matang.
Alhamdulillah kami sudah matang.. hal yang dulu kita dah lepas jauh dibelakang.. Hidup hari ni lebih positive dan membina.. Dah tua kalau nak musuh mampuih lah mat..
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.