Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan pelakon Ummi Nazeera memberi pandangannya mengenai isu rakan selebriti yang dahulu berhijab tetapi membuka keputusan untuk membuka semula.
Melalui pandangan yang diluahkan oleh Ummi, hal seperti itu sepatutnya tidak patut di normalisasikan di kalangan kaum wanita yang beragama Islam.
Mengambil iktibar dari kejadian yang terjadi, pelakon drama Risik Pada Hati itu sentiasa berdoa dan meminta agar orang sekeliling sentiasa mendoakan dia untuk kekal berhijab hingga ke pengakhirannya.
Dalam pada itu, dia turut memberi nasihat bahawa jika sudah berhijab, maka jangan merasakan membuka tudung itu sesuatu perkara yang tidak salah kerana Ummi turut perasan ramai wanita zaman kini membuat sedemikian, seakan-akan ia satu ‘penyakit’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita terbabit dan sangat menyukai dengan caranya bercakap dengan penuh lemah-lembut ketika memberi nasihat.
Tidak lupa juga, di akhir pandangannya itu, Ummi memberi nasihat kepada wanita di luar sana untuk cari semula Allah S.W.T seandainya mempunyai niat untuk membuka tudung kerana itulah kelebihan seorang manusia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.