Sebelum ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah yang memaparkan suaminya yang mengenakan anak lelakinya yang sedang tidur di dalam kereta telah menjadi perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, dilihat suaminya juga sempat membalut kaki anaknya itu seperti kakinya cedera.
Malah, dia juga menconteng kaki anaknya yang sedang lena tidur dengan menggunakan lip tint seolah-olah kakinya berdarah.
Mula-mula dia balut kaki anaknya tu, tak cukup dengan tu dia tambah pulak liptint nak bagi nampak macam kesan darah dekat situ.
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 115.4K tanda suka, dan 1.1K komen di aplikasi TikTok.
@ecahsa Kalau tak anak, mesti bapak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi pelbagai respon. Namun, ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang dikatakan seolah-olah mendoakan kecelakaan anaknya.
Jangan cuba-cuba prank macam tu terutama pada anak-anak sebab tu dah macam doa. – Netizen.
“Saya tak akan buat semua tu dekat anak saya, ibarat doa kita untuk anak kita,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.