(VIDEO) “Dah Berbulan…” – Bapa Kahwin Lain Selepas Kematian Ibu, 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan

Kehidupan

(VIDEO) “Dah Berbulan…” – Bapa Kahwin Lain Selepas Kematian Ibu, 2 Beradik Tinggal Bawah Jambatan

Baru-baru ini, viral di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Raja Anita Raja Mukhtar yang berkongsi kisah 2 beradik tinggal sehelai sepinggang di bawah jambatan di kawasan Kubang Telaga, Bachok, Kelantan.

Menerusi hantaran tersebut, 2 adik beradik yang berusia 25 dan 27 tahun itu nekad untuk hidup berdikari selepas bapa mereka memilih untuk berkahwin lain setelah pemergian ibu.

Advertisement

Apa yang lebih menyayat hati, apabila ditanya sama ada dia mahukan tempat tinggal yang lebih selesa, pemuda itu memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika dapat duduk di bangsal kecil asalkan mempunyai tempat berteduh.

Sambil anak muda ni cerita sambil menahan sebak, buatkan kita yang mendengar ni mengalis air mata.

Tiada perkataan tiada gambaran untuk ceritakan dengan panjang keadaan tempat tidur anak muda ni.

Malah, difahamkan si abang yang berusia 27 tahun itu pula seakan mengalami masalah tekanan perasaan akibat daripada masalah hidup yang mereka berdua lalui.

Menurutnya lagi, mereka dipercayai mempunyai 5 orang adik beradik lain dan ada di antaran mereka yang mengikut bapanya.

Namun, mereka lebih memilih untuk tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan yang lalu sambil mencari punca rezeki dan cuba untuk berdikari memandangkan sudah dewasa.

Tiada daya upaya melainkan pertolongan dari Allah. Allah maha kuasa semoga ada pertolongan buat anak muda ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib 2 beradik itu dan meminta agar pihak berkuasa segera menghulurkan bantuan kepada mereka selain memberi mereka peluang pekerjaan.

Mungkin adik-adik ni tak nak menyusahkan abah dia dengan keluarga baru, sebab tu adik-adik ni nak berdikari. – Netizen.

Umur muda lagi macam-macam benda dia boleh buat, cuma mungkin terbatas disebabkan abang dia,” tulis seorang warganet.

Semoga ada yang prihatin bagi rumah tempat berteduh.. adik-adik ni mungkin tak mampu sewa.. siapa ada rumah yang kosong tu bagi lah adik-adik ni tumpang,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Orang Melayu Paling Ramai Muflis, Golongan Lelaki Rekod Kes Tertinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...