Orang Melayu Paling Ramai Muflis, Golongan Lelaki Rekod Kes Tertinggi

Kehidupan

Orang Melayu Paling Ramai Muflis, Golongan Lelaki Rekod Kes Tertinggi

Menerusi kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, orang Melayu merupakan paling ramai diisytiharkan muflis sejak tahun 2022 hingga Mei lepas.

Ini pecahan rekod muflis mengikut jumlah kes dilaporkan:

Advertisement
  • Melayu (10,266 kes)
  • Cina (4,447 kes)
  • India (1,321 kes)
  • Lain-lain (1,516 kes)
  • Bukan warganegara (48 kes)

 

Bagi pecahan mengikut negeri pula, Selangor mencatatkan kebankrapan tertinggi iaitu 4,164 kes dalam tempoh sama manakala Wilayah Persekutuan dan Johor pula di tempat kedua dan ketika iaitu sebanyak 2,203 dan 1,987 kes.

Sementara itu, tiga negeri dalam kedudukan paling rendah adalah Perlis dengan 99 kes, Melaka sebanyak 453 kes dan Terengganu, 569 kes.

Jelas beliau lagi, bagi pecahan mengikut umur pula individu berusia antara 35 dan 44 tahun dikategorikan sebagai paling ramai muflis iaitu 6,681 orang.

Bukan itu sahaja, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat.”

Kenyataan itu merupakan jawapan kepada soalan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang bertanya tentang bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis sejak Januari 2020 hingga Mei lalu mengikut umur, jantina dan kaum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kl
2 years ago

"Terlalu Banyak Bekerja" - Kajian Antarabangsa Lapor Kuala Lumpur Sebagai Bandar Ketiga Paling 'Overworked'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...