(VIDEO) “Dah Agak Dah” – Kes ‘Influencer’ Bergaduh Sebab Duit Palsu, Akhirnya Mengaku Hanya ‘Marketing’

Trending

(VIDEO) “Dah Agak Dah” – Kes ‘Influencer’ Bergaduh Sebab Duit Palsu, Akhirnya Mengaku Hanya ‘Marketing’

Terdahulu, kecoh di platform media sosial TikTok seorang influencer yang bertindak membaling duit kepada seorang founder kerana didakwa wang terbabit merupakan wang palsu.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari telah menerima tawaran paid review daripada seorang founder iaitu Siti Jamu Mall.

Advertisement

Namun, Puteri Sari telah menyedari wang bayaran sebanyak RM10,000 yang diterima dalam bentuk wang kertas itu berkemungkinan besar adalah palsu.

puteri sari

Baru-baru ini, tular sekali lagi rakaman live TikTok influencer tersebut yang mengakui bahawa semua pergaduhan itu adalah content marketing semata-mata.

Patutnya 3 hari je, tapi pihak sana macam nak panjangkan.

Puteri Sari menjelaskan sememangnya semua pergaduhan itu telah dirancang tetapi hanya untuk 3 hari sahaja namun seperti sengaja dipanjangkan oleh pihak Siti Jamu Mall.

@dayahae__

Rupanya marketing kes duit palsu? #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii

? suara asli – gabut woi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti sudah menjangka dari awal bahawa isu ini hanya sekadar marketing dan mengecam kedua-dua pihak yang sengaja menabur fitnah demi wang ringgit.

Dah agak dah sebab tak pegi report polis. – Netizen.

Dulu orang takut dengan fitnah.. sekarang kerana job & duit sanggup jadikan issue untuk memfitnah.. nauzubillah.. takut makan diri sendiri nanti,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 years ago

"Dia Ni Over Pulak" - Netizen Menyampah Tengok Siti Jamumall 'Memekik', 'Koyak' Dituduh Pakai Duit Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...