(VIDEO) “Cuba Orang Biasa Buat..” – Anak Tantrum, Emma Tak Kisah Baring Atas Jalan Raih Pujian Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Cuba Orang Biasa Buat..” – Anak Tantrum, Emma Tak Kisah Baring Atas Jalan Raih Pujian Netizen

Adat bergelar ibu bapa, pastinya kita mempunyai cara tersendiri ketika mengendalikan anak-anak yang ‘naik hantu’ ketika di tempat awam dan bermacam karenah.

Seperti seorang selebriti ini, Emma Maembong juga tidak terkecuali berkongsi saat-saat dia menenangkan anak lelakinya, Shariq Gabriel yang dilihat ‘buat perangai’ ketika bercuti di Universal Studio, Singapura.

Advertisement

Emma Maembong
1 year ago

"Lepas Pantang Je, Terus Cubaa" - Didakwa Dah Berbadan Dua, Ini Jawapan Emma Maembong..

Dalam video itu, Shariq difahamkan enggan didukung dan berjalan sebaliknya hanya berbaring di atas jalan.

Emma kemudiannya turut serta baring bersama Shariq meskipun permukaan jalan kotor dan berdebu.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial TikTok.

Kata netizen, perkara itu adalah biasa dan orang ramai tidak perlu memandang serong ibu bapa yang berkelakuan seperti Emma asalkan tidak mengganggu orang lain.

Pasni kalau jumpa mak-mak tengah baring macam ni jangan tanya pasal apa na..

Sebab dia Emma Maembong, kalau kita buat macam tu, orang ingat kita gila dah.

Perkembangan lain, Emma kini dilaporkan menjadi juri bagi program nyanyian The Masked Singer Malaysia untuk musim ke-3.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...