“Lepas Pantang Je, Terus Cubaa” – Didakwa Dah Berbadan Dua, Ini Jawapan Emma Maembong..

Hiburan

“Lepas Pantang Je, Terus Cubaa” – Didakwa Dah Berbadan Dua, Ini Jawapan Emma Maembong..

Kerana sering dipersoalkan isu ‘berbadan dua’, pelakon Emma Maembong akhirnya membuka bahawa dia enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut dan hanya akan kongsikan seandainya benar-benar berlaku.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatima Rohani Ismail berkata dia elak untuk menjawab kerana tidak mahu terlalu berharap dan akan mengecewakan dirinya jika tidak berlaku.

Advertisement

Dalam pada itu, ibu kepada Gabriel juga berkata dia bersama suami sama sekali tidak pernah merancang jarak umur anak-anak jika satu hari mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Dari dulu, dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang saya dah cuba dah.

Pelakon berkenaan meluahkan lagi bahawa tidak menafikan berasa sunyi tinggal hanya bersama suami dan seorang anak, memandangkan dirinya membesar dalam keluarga yang besar.

Sekadar info, Emma Maembong bersama Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama, Shariq Gabriel kini berumur 2 tahun.

3 years ago

Selamat Timang Bayi Lelaki, Netizen Samakan Hidung Anak Emma Maembong Seperti Zizan Razak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...