(VIDEO) “Bukti Dashcam Ada!” – Netizen Berang Pemandu Treler Tak Bersalah Dipukul, Disangka Jadi Punca Nahas Murid

Kehidupan

(VIDEO) “Bukti Dashcam Ada!” – Netizen Berang Pemandu Treler Tak Bersalah Dipukul, Disangka Jadi Punca Nahas Murid

Satu tragedi menyayat hati dilaporkan terjadi apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun maut akibat digilis lori treler ketika keluar dari simpang menaiki motosikal yang dibawa oleh pengasuhnya.

Media melaporkan, adik Nurul Jannatun Assyifa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pengasuh dan juga adik lelaki arwah terselamat.

Advertisement

Punca kematian adalah disebabkan perlanggaran dengan sebuah lori treler yang tidak sempat mengelak mangsa ketika kejadian. Pengasuh itu dikatakan gagal mengawal motosikal berikutan jalan berpasir sebelum ketiga-tiganya terjatuh di atas jalan raya.

Pemandu treler berkenaan juga dikatakan menjadi mangsa pukul orang awam yang menyangka dia menjadi punca nahas berkenaan tanpa usul periksa.

Bukan sahaja dibelasah, malah barang-barang peribadi milik pemandu lori serta kamera dashcam turut dicuri.

harga tanah kubur di indonesia
1 year ago

(VIDEO) Viral Tanah Kubur Pakej 'Kayangan', Satu Slot Boleh Cecah Hampir RM25,000!

Namun begitu, tular mengenai video dashcam milik orang awam yang turut melalui jalan yang sama menunjukkan bahawa bukanlah lori treler berkenaan menjadi punca nahas seperti yang didakwa.

Hal itu kemudiannya menjadi bahan perdebatan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan orang awam yang berkelakuan ganas dan tidak bertanggungjawab tanpa mengetahui jalan cerita.

Isteri kepada pemandu lori berkenaan, Ezza ada memuat naik hantaran memaparkan video ketika kejadian di TikTok. Wanita itu juga  memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memukul suaminya sehingga mengalami kecederaan parah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...