(VIDEO) Viral Tanah Kubur Pakej ‘Kayangan’, Satu Slot Boleh Cecah Hampir RM25,000!

Kehidupan

(VIDEO) Viral Tanah Kubur Pakej ‘Kayangan’, Satu Slot Boleh Cecah Hampir RM25,000!

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila satu pasangan suami isteri di Indonesia telah merancang untuk membeli tanah kubur dan ingin ditanam bersebelahan setelah mati kelak.

Apa yang mencuri tumpuan warga maya adalah apabila tanah kubur yang ditawarkan untuk tempahan mencecah ratusan ribu ringgit!

Advertisement

Dalam video itu, pasangan berkenaan telah melawat kawasan perkuburan terkenal di Indonesia iaitu San Diego Hills dan Al-Azhar Jakarta, Indonesia.

Si isteri kemudian berkongsi pakej dan harga yang ditawarkan di San Diego Hills yang bermula dari harga RM18,811 (single), RM133,830 (semi-private) dan RM249,453 (private).

Manakala di Al-Azhar, harga pakej bermula dari RM11,721 bagi kematian solo (single).

Katanya lagi, ramai yang memilih untuk memiliki tempat istirahat terakhir seperti itu kerana terdapat kemudahan seperti penjagaan landskap di tanah kubur serta penyediaan masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

kubur san diegoSumber : TikTok  

Dalam pada itu, mereka berdua turut menjelaskan bahawa ciri-ciri kemudahan dan fasiliti itu sangat penting kerana mereka tidak punya anak untuk mendoakan kebajikan alam akhirat setelah mati kelak.

Sekadar info, allahyarham Ashraf Sinclair juga dikebumikan di San Diego Hills, Indonesia setelah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 yang lalu.

TIkTokers makan daging babi
1 year ago

(VIDEO) "Hari Ini Saya Dah Langgar Rukun Iman" - TikTokers Beragama Islam 'Bangga' Makan Kulit B*bi, Curiga Bunyi Rangup

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...