Satu tragedi menyayat hati dilaporkan terjadi apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun maut akibat digilis lori treler ketika keluar dari simpang menaiki motosikal yang dibawa oleh pengasuhnya.
Media melaporkan, adik Nurul Jannatun Assyifa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pengasuh dan juga adik lelaki arwah terselamat.
Punca kematian adalah disebabkan perlanggaran dengan sebuah lori treler yang tidak sempat mengelak mangsa ketika kejadian. Pengasuh itu dikatakan gagal mengawal motosikal berikutan jalan berpasir sebelum ketiga-tiganya terjatuh di atas jalan raya.
Geram tengok dashcam ?? pic.twitter.com/xW6nbkqcEH
— Sabrina (@ngencessmy) March 22, 2023
Pemandu treler berkenaan juga dikatakan menjadi mangsa pukul orang awam yang menyangka dia menjadi punca nahas berkenaan tanpa usul periksa.
Bukan sahaja dibelasah, malah barang-barang peribadi milik pemandu lori serta kamera dashcam turut dicuri.
Namun begitu, tular mengenai video dashcam milik orang awam yang turut melalui jalan yang sama menunjukkan bahawa bukanlah lori treler berkenaan menjadi punca nahas seperti yang didakwa.
Hal itu kemudiannya menjadi bahan perdebatan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan orang awam yang berkelakuan ganas dan tidak bertanggungjawab tanpa mengetahui jalan cerita.
Isteri kepada pemandu lori berkenaan, Ezza ada memuat naik hantaran memaparkan video ketika kejadian di TikTok. Wanita itu juga memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memukul suaminya sehingga mengalami kecederaan parah.