(VIDEO) “Buko Rasa Macam Pungkoq!” – Reviu Makanan Terlalu Jujur, Lelaki Ini Dikecam Kerana Menghina Rezeki

Kehidupan

(VIDEO) “Buko Rasa Macam Pungkoq!” – Reviu Makanan Terlalu Jujur, Lelaki Ini Dikecam Kerana Menghina Rezeki

Satu video menjadi tular di media sosial pada hujung minggu lalu gara-gara ‘reviu’ makanan yang dibuat seorang individu bersama rakan-rakannya dikatakan terlalu ‘jujur’ dan tidak beradab.

Dalam hantaran tersebut, individu itu difahamkan telah membuat ulasan terhadap beberapa pencuci mulut yang dibeli dari sebuah kedai yang popular di Pulau Pinang.

Advertisement

Gara-gara terlalu jujur, lelaki itu berkata bau makanan yang dibeli beraroma seperti ‘punkoq’ yang merujuk kepada punggung dalam bahasa utara.

Dia bersama rakan-rakannya dilihat bergilir-gilir mencuba pencuci mulut seperti dadih sedut, minuman koktel, kek dan juga puding buah.

Berbaloi atau tidak, aku rasa macam..kami dari jauh teringin nak rasa. Tapi bila datang dapat makanan macam ni rasa ‘kurang’ sikit la. Buko rasa macam pungkoq.

Sementelah itu, dia kemudiannya dihujani kecaman daripada netizen berikutan kenyataan yang dikeluarkan dalam video reviu tersebut menjadi tular di media sosial.

Akibat daripada keterlanjuran yang terjadi, lelaki berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemilik Kieda Crepe, Siti Nur Khalieda Yusra.

Katanya lagi, dia tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan bisnes wanita itu menerusi video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen tampil mengkritik keperluan lelaki itu untuk mencemuh makanan kerana ia adalah satu bentuk rezeki daripada Allah S.W.T.

“Yang lahir dalam keluarga susah akan hargai makanan depan mereka walaupun hanya makan nasi dengan garam. Jangan jatuhkan maruah dengan menghina makan.” kata netizen lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

raisa nabil
1 year ago

Nabil Ahmad Didakwa Tak Beradab, 'Ejek' Juri Jemputan GV9 Raisa, - "Cukup La 'Menganjing' Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...