Nabil Ahmad Didakwa Tak Beradab, ‘Ejek’ Juri Jemputan GV9 Raisa, – “Cukup La ‘Menganjing’ Tu”

Hiburan

Nabil Ahmad Didakwa Tak Beradab, ‘Ejek’ Juri Jemputan GV9 Raisa, – “Cukup La ‘Menganjing’ Tu”

Gara-gara ‘terlebih’ dalam melawak dan berseloroh, pengacara program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-9 Nabil Ahmad dikecam netizen kerana didakwa tidak menjaga adab terhadap juri jemputan pada malam itu iaitu penyanyi Indonesia, Raisa.

Kata netizen, Nabil seolah-olah ‘mengejek’ penyanyi itu yang berbahasa Inggeris ketika menyampaikan komen kepada para peserta GV9.

Advertisement

Nabil juga digesa netizen agar berhenti mengajuk percakapan penyanyi itu yang lebih selesa menuturkan bahasa Inggeris di media sosial sepanjang acara itu berlangsung pada malam semalam.

Menjengah ke ruangan komen media sosial Twitter, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Nabil kerana berkelakuan seperti itu.

Kesian dia (Raisa). Terus masam muka. Saya harap Raisa okey dan tak ambil hati sangat.

Tak hormat tetamu, dah rasa diri tu gah.

Namun, ada juga netizen yang merasakan ada artis yang lebih baik dijadikan juri jemputan pada malam itu.

Pelik kenapa jemput Raisa ni. Baik jemput Rossa dah alang-alang ada konsert kat KL.

Raisa Andriana,32, merupakan seorang penyanyi popular di Indonesia dan dia juga difahamkan memang berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan hariannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jamal Abdillah
1 year ago

(VIDEO) "Tengah Kac*p Ke Tu?" - Didakwa Buat Fitnah Demi Politik, Netizen Kecam Jamal Abdillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...