Setiap orang mesti pernah mengalami kesakitan di bahagian gigi dan pastinya akan menganggu aktiviti seharian selagi tidak pulih dan diubati.
Seperti satu perkongsian video ini, seorang lelaki dilihat telah ‘mengubati’ sakit gigi yang dialami selama ini apabila kawannya sendiri telah mencabut gigi menggunakan playar jenis muncung tirus.
Ya Allah bahayanya.. Cabut gigi guna playar je.. Gila betul orang sekarang ni pic.twitter.com/OQzeK9cLWw
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 9, 2022
Difahamkan, lelaki itu enggan ke klinik gigi dan sering mengadu sakit di bahagian mulut sejak kebelakangan ini.
Berikutan itu, kawan kepada lelaki yang mengalami sakit gigit itu nekad membantu dan nampaknya telah berjaya berbuat demikian.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan respon pelbagai ke atas video tersebut.
Ada yang mengatakan teknik mencabut gigi seperti itu adalah biasa dan sering dilakukan orang pada zaman dahulu.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa ia dapat menganggu saraf dan dapat memberi kesan buruk kepada tuan badan.
Apa-apapun dapatkan khidmat pakar bertauliah untuk sebarang rawatan melibatkan kesihatan okay!