“Kenapa Perlu Menipu?” – Galak ‘Promote’ Iklan Ubat di Media Sosial, Dr Rafidah Selar Artis & Ustaz

Kehidupan

“Kenapa Perlu Menipu?” – Galak ‘Promote’ Iklan Ubat di Media Sosial, Dr Rafidah Selar Artis & Ustaz

Sejak kebelakangan ini, ramai artis dan juga pendakwah selebriti yang mencari pendapatan ‘sampingan’ seperti mengeluarkan produk tidak kiralah kecantikan atau kesihatan.

Namun begitu, kenyataan daripada Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah baru-baru ini yang menegur para selebriti dan juga agamawan telah mengundang cakap-cakap dalam kalangan netizen.

Advertisement

Ini berikutan Dr Rafidah ada menyelar selebriti dan ustaz yang mempromosikan produk kesihatan kerana ia salah di sisi undang-undang negara.

Dr Rafidah dilihat membuat kenyataan berikut di untaian Twitter miliknya yang menegur penyanyi Mawi dan juga pendakwah bebas, Ustaz Hanafi.

Advertisement

Kata Dr Rafidah, produk kesihatan yang dijual dan dipromosi secara meluas itu tidak boleh menyembuhkan penyakit seperti yang didakwa selain boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama!

Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? Bukan dah ada panduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan untuk selebriti? Cukup-cukup menipu orang tua, cukuplah.

Jelasnya lagi, produk kesihatan yang dipromosi seperti itu adalah salah di bawah Undang-Undang Akta Iklan dan Ubat 1956 di mana seseorang itu tidak boleh menyebut sebarang penyakit dalam promosi produk kesihatan.

twitter dr rafidahSumber : Twitter  

Dan sehingga kini, tidak ada kenyataan balas daripada kedua-dua selebriti berkenaan mengenai isu yang diketengahkan Dr Rafidah di media sosialnya itu.

Terdahulu, Mawi telah muncul dengan produk jus minuman keluarannya yang didakwa boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik yang lain.

Manakala Ustaz Hanafi ada mempromosi produk kesihatan yang menurutnya telah 95 peratus terbukti menyembuhkan penyakit ‘3 serangkai’.

Sajat
4 bulan lalu

Sajat Hina JAIS Sebagai 'Lembab', Dr Rafidah Minta Ibu Bapa Doakan Anak Kembali Bertaubat Kepada Allah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. nonenf

    May 11, 2022 at 3:53 pm

    Dr Rafidah ni semua makanan herba dan sunnah dia label product sampah..Ubat hospital ja yg ok bagi dia

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...