Sebelum ini, pelakon Emma Maembong berkongsi gelagat anak lelakinya, Shariq Gabriel yang meragam sehingga baring di atas lantai di sebuah taman tema terkenal di Singapura.
Apa yang mencuri perhatian, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail dilihat tenang melayani kerenah anaknya itu apabila turut sama-sama baring di atas lantai.
Baru-baru ini, anaknya sekali lagi meragam apabila enggan berjalan kaki ketika mereka sedang berjalan di sebuah pusat membeli belah.
Bila anak buat perangai taknak jalan.
Malah, apa yang menjadi perhatian apabila pelakon berusia 30 tahun itu dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar terpaksa mengheret tangan anaknya mereka.
Kita tak nak biasa kan dukung sebab nanti 24 jam nak dukung tak nak jalan. Tapi last-last dia menang jugak haih. Kita kalah.
Bukan itu sahaja, Emma turut mendedahkan walaupun mereka membawa stroller, anak lelakinya tetap akan berlari dan hanya akan duduk diam ketika tidur sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah anak kecil yang seronok dan teruja walaupun diseret.
Bukan itu sahaja, ramai pengguna media sosia yang berkongsi pengalaman apabila pernah menghadapi situasi sama dengan anak kecil mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.