Hujung minggu lalu, berlangsung sebuah konsert Jiwa Kacau yang menampilkan kumpulan muzik seperti Bunkface, Insomniacks, Masdo dan juga Hujan bertempat di Stadium tertutup Melawati Shah Alam.
Namun, kecoh seketika apabila pengawal bertugas pada malam itu telah didakwa melakukan kekasaran dengan menumbuk dan memukul penonton yang hadir.
First time pergi konsert/gig, security terjah crowd sebab buat mosh pit. Siap tangankan orang! Memang bangang lah! Semoga event organizer yang lain jangan ambil company ni untuk jadi security kalau lineup ada band liar! Biar diorang jaga konsert Ella ke, Sufian Suhaimi ke apa. pic.twitter.com/H3pflKUHOh
— You (@pkckAm) June 17, 2023
Difahamkan, sesetengah penonton telah melakukan ‘moshing’ di tengah pentas sehingga menimbulkan kekecohan seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil meninggalkan komen dan pendapat yang pelbagai mengenai isu tersebut.
Ada yang berpendapat pengawal keselamatan pada malam itu hanya menjalankan tugas meskipun kelihatan agak kasar dan melampau.
Netizen juga merasakan penonton perlu memilih lagu dan suasana dan tidak semua yang hadir memilih untuk berseronok dengan ‘moshing’ dan menari seperti orang histeria.