Pekerja Kudis Bernanah Dan Siap Meludah, Individu Haramkan Keluarga Makan Coklat Bentuk Syiling Dan Bola

Kehidupan

Pekerja Kudis Bernanah Dan Siap Meludah, Individu Haramkan Keluarga Makan Coklat Bentuk Syiling Dan Bola

Tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa sebuah kilang coklat di Melaka tidak mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan dalam pembuatannya.

Dalam hantaran tersebut, lelaki itu yang juga bekas juruteknik kilang coklat tersebut menasihati orang ramai untuk tidak membeli coklat berbentuk duit syiling emas dan bola sepak.

Advertisement
Coklat bola dan duit syiling kotorSumber : Facebook  

Katanya, pekerja kilang coklat itu sangat pengotor dan semenjak daripada itu, dia mengharamkan ahli keluarganya daripada membeli coklat itu.

Jocelyn chia pdrm
11 months ago

Minta Tolong Interpol, Jocelyn Chia Anggap Pihak Berkuasa Malaysia 'Melebih-Lebih' Dan 'Merepek'

Di sini aku nak beritahu, janganlah beli dan makan sebab terlalu kotor. Pekerja dia Nepal, sampai yang tangan kena kudis bernanah pun dia buat kerja gaul biskut coklat bola itu, uli guna tangan tanpa glove. Boleh bayangkan nanah-nanah tu melekat di coklat tu.

Ada yang meludah di tepi, kemudian coklat jatuh dan dikutip serta diproses semula. Jadi korang fikirlah sendiri selepas ni nak makan atau tidak. Memang jijik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan jijik dengan pembuatan coklat yang sering dibeli orang ramai kerana harganya yang murah itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...