Minta Tolong Interpol, Jocelyn Chia Anggap Pihak Berkuasa Malaysia ‘Melebih-Lebih’ Dan ‘Merepek’

Berita

Minta Tolong Interpol, Jocelyn Chia Anggap Pihak Berkuasa Malaysia ‘Melebih-Lebih’ Dan ‘Merepek’

Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia menganggap tindakan pihak berkuasa Malaysia yang memohon bantuan Polis Antarabangsa untuk mengesan identiti dan keberadaannya sebagai suatu yang melebih-lebih.

Berkata kepada BBC, Jocelyn yang membesar di Singapura menyifatkan cubaan melibatkan Interpol itu sebagai merepek.

Advertisement

Interpol

Difahamkan, Interpol belum memberi maklum balas kepada BBC sama ada mereka akan memenuhi permohonan bantuan daripada Polis Malaysia.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut boleh membuatkan dia lebih popular dan dikenali di mata dunia.

Terdahulu, nama Jocelyn menjadi tumpuan rakyat Malaysia setelah dia tampil membuat persembahan komedi ‘Singapore vs Malaysia’ dan memetik isu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang pada tahun 2014.

Persembahan tersebut telah mendapat kecaman hebat netizen Malaysia di mana rata-ratanya menganggap ia sebagai keterlaluan dan telah melukakan hati ramai pihak terutama keluarga mangsa.

11 months ago

"Saya Tak Berdendam Dengan Malaysia" - Jocelyn Chia Mengaku Lawak Hanya Untuk 'Panaskan' Penonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...