Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asyraf yang memaparkan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah premis agensi.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan jemaah haji telah berkumpul beramai-ramai kerana berang selepas mendakwa mereka telah ditipu oleh agensi berkenaan.
Difahamkan, agensi itu telah menawarkan visa furda namun tarikh yang diberikan telah melebihi tempoh untuk melakukan ibadah haji dengan lengkap.
Yang belum dapat flight ni, katanya dapat pergi masa hari wuquf. Bilanya nak sampai macam tu?
Malah, kebanyakan jemaah turut menantikan panggilan dari agensi itu namun langsung tidak mendapat sebarang maklum balas daripada mereka.
@asyraf4202 #haji sangkut bai jemaah2 ni kena scam, UC Travel
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memaklumkan bahawa visa furada hanya ditawarkan oleh pihak Arab Saudi sendiri dan tidak ditawarkan kepada agensi-agensi haji yang lain.
Visa furada ada risiko. Sentiasa berdoa dan terimalah sebarang kemungkinan. Haji ada lah jemputan dari Allah. Allah yang menentukan segalanya. – netizen.
“Tunggu je turn tabung haji panggil, terjamin. Kalau dah ajal dulu sebelum turn redhalah, at least kita dah usaha daftar haji bukannya tidak,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.