“Nak Ikut Balik Rumah?” – Rakan Sekerja Cuba Menggatal, Wanita Ini Dedah Perkara Sebenar

Kehidupan

“Nak Ikut Balik Rumah?” – Rakan Sekerja Cuba Menggatal, Wanita Ini Dedah Perkara Sebenar

Gangguan seksual merupakan suatu perkara negatif yang boleh berlaku dalam kehidupan seseorang lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di tempat kerja kerana boleh memberi kesan buruk kepada mangsa dan organisasi.

Namun, begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita yang telah membuat pendedahan kepada seorang influencer bernama Ceddy menerusi direct message (DM) di laman Twitter.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Ceddy telah berkongsi tangkap layar perbualan bersama wanita itu yang menceritakan bagaimana dia diganggu oleh seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Eh tak balik lagi? Rumah dekat mana? Nak ikut balik rumah?

Menurutnya, rakan sekerja itu telah bertanya sedemikian apabila melihat wanita itu masih belum pulang ke rumah.

Gatal ya tiba-tiba nak ikut balik rumah. Buat apa nak ikut? Nak cuci tandas ke? Miang betul jantan tu.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pendapat influencer itu yang menegaskan bahawa orang ramai sepatutnya meletakkan batas pergaulan walaupun dengan rakan sekerja.

Kena ada boundaries tak kisah la lelaki ke perempuan. Tempat kerja is tempat kerja. – netizen.

Tu dah kira gangguan seksual.. sesiapa yang kena gangguan seksual di tempat kerja boleh lapor dekat jtksm.mohr.gov.my,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

haqiem stopa mat rempit talk sekolah
2 years ago

“"Mat Rempit Yang Dipilih” - Netizen Kutuk Sekolah Jemput Haqiem Stopa Bagi ‘Talk’ Pada Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...